Wednesday, November 4, 2009

kebakaran muka

ba, baru² ni sia ada la pigi ni program yang dianjurkan oleh sr.com
kamu nda tau ka apa tu.
sabahrhinos.com la
tarikh: 1 november 2009
masa: 9 pagi sampai jam 5 petang
aktiviti: bolasepak 9 sebelah
penganjur: penyokong kelab pasukan negeri dan kebangsaan (kalau sia nda silap la)
tempat: padang bola putrajaya (nda sia ingat tu precint brapa tp blakang KBS)
tujuan: mengumpul dana untuk khairul azman

sia pikir² kamu kenal la sepa khairul azman kan.
kalau nda tau memang heran la.
okla, dia ni asal pahang, trus main untuk pasukan kebangsaan.
nda lama tu dia main untuk pasukan sabah sampai la dia pencen.
skrang ni pun dia di sabah untuk menetap.
memang sangat banyak pengorbanan dia untuk pasukan sabah dalam bidang bola sepak ni.

apa masalah dia ni kan sampai mau minta dana ni kan.
skrang ni dia ada kecederaan lutut yang agak teruk la sampai mau kena pembedahan.
jumlah bayaran untuk hospital rm16,000.00
oleh yang demikian, dia memang memerlukan dana ni.

apa yang kita tau semua ni, putrajaya memang sangat panas.
ambala katahanan panas sana tu.
baru satu hari sia sana, trus kena kebakaran muka (urg putih bilang sunburn).
lupa pula sia mau cakap, sia teda main ni, datang memberi sokongan dan sebagai penonton saja.
heheh.

oyakan, penyertaan dalam pertandingan ni (yang sia ingat la)
1.bekas pemain kebangsaan
termasuklah! dollah salleh, zainal abidin, mubin mokhtar, datuk soh chin aun, k.sanbagamaran, v.murugan, ada la juga ni, abu bakar atan(captain) dll (nda sia ingat nama lagi).
2.kelab penyokong sabah
3.kelab penyokong kelantan
4.kelab penyokong selangor
5.kelab penyokong pahang
6.kelab penyokong harimau malaya
nda lagi sia ingat.
heheh.

ni ada beberapa gambar yang sia ambil la semasa berjemur matahari.
untuk dikongsi bersama.